Translate

APA ITU JBA (JUAL BELI ARRAHNU)

 

 

Niat nak senang sebab nak bantu ummah kerana Allah.
Tidak sesuai untuk pemalu dan pemalas.

KONSEP JBA

1. Beli emas, contoh rm1000
2. Ambil gambar, berat dan panjang
3. Campak dalam ar rahnu. Dapat 70%. Dalam kes ni contoh dapat RM700
*simpan RM700 tu, jangan joli pulop
4. Promote di JE, JTTE, offline dan sebagainya.
5. Buat lah eta 1 ke, eta 3 ke, jual dengan harga RM 900 (contoh)
6. Buyer pun nak beli. Dia bankin RM900
7. Dengan duit RM 900 tu, tambah kan dengan duit RM700 (pinjam ar rahnu tadi), beli emas harga RM 1600
*Jangan dapat duit terus tebus, tokey cadbury pun tak kaya sampai bila2
8. Dapat emas RM 1600 (mesti lagi berat dari emas pertama tadi), campak dalam ar rahnu. Sebelum campak, jangan lupa ambil gambar, berat dan panjang.
9. Dapat 70% iaitu RM 1120. Dengan duit tu tebus emas no 1 (RM700) and serah pada customer. Ada baki RM 420 (simpan)
10. Jual emas dalam ar rahnu seperti yg di atas, dan ulang step2 tersebut sehingga kau gemuk atau ar rahnu bankrap/tutup


Tips
- Beli BK yg berat rendah dan kuantiti banyak. Contoh better beli BK 10g x 2unit berbanding beli BK 20g x 1unit
- Harga untuk jual barang dalam ar rahnu korang tetapkan sendiri
- Angka di atas contoh je. Kalau real time siap ada sen2 lagi
- Practise make perfect. Jangan malas dan malu turun naik ar rahnu. Bank rakyat, yapiem, pos Ahmad Clans jemu dah tengok aku.
- salah silap aku minta maaf. Ni basic skill je, bilis macam aku je yg buat benda ni. Nak goyang kaki pergi join program2 yg jerung2 offer. Rilek je, ok.