Translate

KONTRA LOADED

 

 

APA ITU PEMBELIAN KONTRA EMAS

KONTRA!!! KONTRA!!! KONTRA!!! (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum anda meneruskan pembacaan bagi post ini, adalah PENTING bagi anda membaca dua entry yang terdahulu bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan urusniaga jual-beli emas yang sedang berlangsung dengan rancak sekarang. Saya merujuk kepada urusniaga seperti LOADED, Lion Suisse Coin (LSC), Pilot Terlampau (PT), KARIPAP MANIS (KM), KAWAH 777 dan sebagainya.

Urusniaga2 di atas merupakan JUALAN emas secara ANSURAN kepada syarikat2 yang mengelolakan pakej2 tersebut. Kebanyakan emas yang dibeli oleh mereka merupakan dari jenis Pamp Suisse 999.9, kebanyakannya dengan berat minima

sekurang2nya 100g. Harga pasaran semasa bar emas PS 999.9 ketika post ini ditulis adalah RM13,500 untuk setiap 100g.

“Mahalnyer….untung ke kalo jual kat
syarikat2 ni?”

Kita ambil urusniaga Loaded 7 yang ditawarkan oleh syarikat Darul Emas Perak Berhad sebagai rujukan. Sekiranya anda menjual 100g PS 999.9 kepada syarikat DEPB, syarikat akan membeli emas tersebut dengan kadar berikut:


Cashback = RM10,100 (dalam tempoh 7 hari bekerja)

Ansuran bulanan = RM1,230 x 10 bulan berikutnya (dibayar secara ansuran)

Jumlah harga BELIAN oleh DEPB = RM10,100 + (RM1,230 x 10) = RM22,400

Maka, anda untung = RM(22,400 – 13,500) = RM8,900 ba

gi setiap 100g PS yang anda jual.

“Erkk…tapi mahal sgt boh…camner bilis2 cam saya nak join? Modal kecik jer haaa…x cukup nak beli PS seketul…kalo separuh ketul pun kene top-up sikit”

Di sinilah anda boleh menggunakan kemudahan KONTRA.

KONTRA merupakan bayaran minimum yang dikenakan kepada anda untuk memiliki emas PS 999.9 seberat 100g tadi. Kemudian, emas tersebut akan terus dijualkan kepada syarikat DEPB menggunakan perkiraan berikut:

Cashback = Tiada

Ansuran bulanan = RM1,230 x 10 bulan berikutnya (dibayar secara ansuran)

Jumlah harga BELIAN oleh DEPB =RM1,230 x 10 = RM12,300

Maka, anda untung = RM(12,300 – 4,500) = RM7,800 bagi setiap KONTRA 100g PS yang anda jual.

“Ehhh…kenapa xde cashback pulak??? Ini tidak adil!!!”

Anda harus ingat, anda cuma membayar HANYA RM4,500 SAHAJA bagi memiliki bar PS 100g (bernilai RM13,500 tadi) utk dijual semula kepada pihak DEPB. Duit cashback yang diterima akan digunakan untuk melangsaikan kos PS 100g tersebut.

Perkara penting berkaitan KONTRA yang anda perlu tahu:

1. KONTRA adalah kaedah beli-jual bagi urusniaga2 yang dinyatakan di atas sahaja (Loaded, Lion SC, PT, KM, KAWAH dsb.)

2. Khusus untuk pemodal kecil yang kurang mampu untuk membeli bar PS 999.9 dengan minimum berat 100g.

3. Pastikan penjual / pengelola kontra mempunyai stok yang secukupnya bagi menampung nilai wang yang diberi. Ini bermaksud, sekiranya nilai kontra adalah RM4,500, pengelola mempunyai stok 100g PS 999.9 secara fizikal terlebih dahulu. Begitu juga, sekiranya nilai kontra adalah RM45,000 – sebanyak 1kg PS 999.9 PERLU DISEDIAKAN bagi menampung nilai kontra tersebut. TANPA emas yang sedia ada, dikhuatiri akan menjadi money games semata-mata.