Translate

Minda Emas Jutawan IV




Assalamualaikum.

Minda Emas Jutawan IV : Hadiah kan Diri Anda.- Nukilan Tok Belagak

Anda penat bekerja saban hari saban minggu saban tahun. Namun simpanan yg ada tidak lepas pun kakisan inflasi. Maknanya anda memang tiada simpanan !

Adalah baik jika dapat Gaji anda Hadiahkan Diri Anda 10 % dari Gaji anda...Asingkan 10 % dari gaji anda.

Anda dapat 2 kelebihan.

1. Anda belajar untuk hidup dengan 90 % pendapatan anda.

2. Anda sudah ada tabungan 10 % sebulan. Setahun anda sudah ada 120 % dari Pendapatan Bulanan Anda.

Gunakan 120 % ini untuk bekerja bermati matian untuk anda. Kembangkan sehingga ia dapat menampung 6 bulan kehidupan anda jika anda tiba tiba tidak bekerja. Multiply ia berterusan.

Selama mana anda tidak menghadiahkan 10 % pada diri anda maka sampai pencen pun anda masih di takuk lama. Kenaikan gaji tiada erti kerana inflasi.

Anda mesti mulakan bulan ini juga. Cek balik belanjaan anda. Boleh rujuk pakar CFP anda !

Jangan anda menyangka tanpa hutang anda sudah mencapai Kebebasan Kewangan !
Jika benar kenapa sesudah pencen anda masih kena bekerja ? Tidak termasuk kos perubatan di kala usia semakin lanjut. Belum pasti Kerajaan dapat menyediakan Rawatan murah seperti sekarang. TIADA JAMINAN.

Ada orang berhutang tetapi mencapai kebebasan Kewangan ! Ini dinamakan Leverage.

Hartatanah ialah contoh termudah...Belian 10 biji rumah pada Rm 100k sebuah maka bayaran bulanan dalam Rm 5,000 dan sewakan Rm 6,500 maka ada lebihan Rm 1,500 sebulan. Ini baru di katakan Kebebasan Kewangan.

2 tahun lepas DEN ada buat seminar emas tentang Skil Gaji. AMAT sesuai untuk yang baru memulakan kerja. Dapat gaji terus beli Emas sampai habis duit gaji...

Pajak ... ambil 70 %. Belajar untuk hidup dengan 70 % dari gaji anda. Ulang setiap bulan. Masuk bulan keenam tebus Emas yg di bulan pertama.
Jual dan anda dapat 100 % balik gaji anda jika harga emas maintain.

Ia seumpama Skil Cincin. Namun Skil Cincin sesuai untuk yg sudah lama bekerja dan banyak potongan gaji. DEPB menyediakan Bar 999.9 : 2 gm yg amat sesuai sebagai menggantikan Skil Cincin kerana beratnya tetap.