Translate

APA ITU ETA (ESTIMATED TIME ARRIVAL)

 

MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN JUAL-BELI MENGGUNAKAN URUSNIAGA ETA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam penulisan terdahulu, saya ada menyarankan pembelian emas secara ETA bagi memaksimumkan keuntungan dalam urusniaga jual-beli emas. Dalam post kali ini, saya akan menerangkan secara ringkas berkaitan urusniaga ETA dan menunjukkan bagaimana ETA yang berbeza mempegaruhi kadar keuntungan urusniaga anda.

Apakah itu ETA?

ETA merupakan ringkasan kepada estimate time arrival. Dalam urusniaga ini, pembeli akan membuat pembelian emas kepada penjual dan akan menerima emas tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Sebelum membuat pembelian, anda dinasihatkan supaya meneliti harga dan syarat2 yang ditetapkan oleh penjual supaya bertepatan dengan bajet, masa dan “permainan” anda.

Berikut merupakan contoh jualan Pamp Suisse 100g cast bar secara ETA oleh syarikat DEPB khusus bagi urusniaga Loaded 7:

ETA7 (emas akan diterima dalam tempoh 7 hari selepas membuat pembelian) : RM12,400

ETA14 (emas akan diterima dalam tempoh 14 hari selepas membuat pembelian) : RM11,200

ETA21 (emas akan diterima dalam tempoh 21 hari selepas membuat pembelian) : RM10,100

ETA30 (emas akan diterima dalam tempoh 30 hari selepas membuat pembelian) : RM9,400

Harga readystock (terima barang serta-merta selepas membuat pembelian): RM13,600

Secara umumnya, semakin LAMA tempoh ETA, semakin MURAH harga yang ditawarkan berbanding harga readystock. Sekarang kita lihat bagaimana perbezaan keuntungan yang akan diperolehi apabila menggabungkan urusniaga ETA yang berbeza (ETA21 vs ETA14) dengan urusniaga Loaded 7 (jual kepada DEPB secara ansuran).

ETA21:

1hb Ogos 2014 – Beli PS 100g pada harga RM10,100

22hb Ogos 2014 – Terima barang dan jualkan terus jual kepada
DEPB melalui urusniaga Loaded 7

29hb Ogos 2014 – Terima bayaran ansuran pertama daripada DEPB berjumlah RM10,100

29hb September sehingga 29hb Jun 2015 (10 bulan) – Terima bayaran ansuran bulanan sebanyak RM1,230 bagi tempoh 10 bulan berikutnya.

Modal: RM10,100
Pulangan: RM10,100 + (RM1,230 x 10) = RM22,400

ETA14:

1hb Ogos 2014 – Beli PS 100g pada harga RM11,200

15hb Ogos 2014 – Terima barang dan jualkan terus jual kepada DEPB melalui urusniaga Loaded 7

22hb Ogos 2014 – Terima bayaran ansuran pertama daripada DEPB berjumlah RM10,100

22hb September sehingga 22hb Jun 2015 (10 bulan) – Terima bayaran ansuran bulanan sebanyak RM1,230 bagi tempoh 10 bulan berikutnya.

Modal: RM11,200
Pulangan: RM10,100 + (RM1,230 x 10) = RM22,400

Saya akan berhenti setakat ini sahaja. Sekarang, saya minta anda semua melakukan perkara berikut:

1. Kirakan peratus keuntungan bagi kedua-dua urusniaga di atas.

2. Nyatakan kelebihan setiap uruniaga yang dijalankan dari segi tempoh masa dan keuntungan yang diperolehi.

Semoga anda memperolehi manfaat daripada artikel kali ini.